top of page
newsatmy

Anak Muda Johor Bantu Warga Pengerang

10 Januari 2021

PENGERANG: Anak-anak muda Johor melalui Skuad Prihatin Johor mengadakan Program Jelajah Sukarelawan di Kawasan Pengerang.


Pada awalnya program tersebut adalah untuk membantu aktiviti pembersihan rumah-rumah mangsa banjir, tetapi terpaksa ditukar saat akhir memandangkan berlakunya banjir gelombang kedua dikawasan Pengerang. Malah gelombang tersebut lebih dasyat dari yang pertama.


Hasil maklumat dari Agensi Pertahanan Awam, terdapat banyak Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang baru dibuka di kawasan Pengerang.


Program tersebut ditukar kepada program untuk membantu pemindahan mangsa-mangsa banjir dan cuba mempersiap kelengkapan di PPS yang terlibat.


Program tersebut dihadiri oleh Pengerusi Kejora, Dato’ Che Zakaria Mohd Salleh yang juga merupakan ADUN Permas. Diringi oleh En. Mohd Faizal bin Asmar, Ketua Bersatu Pengerang, En. Matharuzaman Ahmad selaku Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pontian.


Turut dihadiri oleh Ketua Armada Johor, En Muhd Shamsuddin bin Paijan yang juga mengetuai program jelajah pada kali ini.


Dato’ Che Zakaria turut menyumbangkan bantuan barangan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Sungai Kapal dan PPS SRJKC Yok Pon.


“Setelah banjir beransur reda, pihak Skuad Prihatin Johor akan membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan kawasan rumah mangsa banjir” kata Mohd Faizal




Comments


bottom of page