top of page
Writer's pictureArissa Azman

Analisis sentimen rakyat Malaysia di media sosial


ANALISIS sentimen rakyat terhadap parti-parti Umno dan PAS serta gabungan-gabungan PN dan PH di Facebook dan Twitter rata-ratanya adalah negatif. Walau bagaimanapun sentimen terhadap PAS dan gabungan PN agak seimbang dari sudut positif dan negatif.


Manakala PH dan Umno pula secara umumnya menunjukkan sentimen negatif di kedua-dua platform media sosial tersebut.


Adakah sentimen-sentimen ini berkait rapat juga dengan hasil kajian QGA sebelum ini yang menunjukkan anak-anak muda mengharapkan sebuah negara yang bebas daripada perebutan kuasa dan rasuah?


Kriteria penting bagi anak muda dalam pemilihan parti atau gabungan ialah mengutamakan soal integriti, memelihara kedaulatan negara dan memelihara hak asasi rakyat.


Umum mengetahui bahawa ada beberapa orang pemimpin dari parti-parti dan gabungan-gabungan tertentu yang masih mempunyai kes mahkamah berkaitan rasuah.


Adakah ini juga menguatkan hasil kajian QGA yang menunjukkan bahawa anak-anak muda lebih mementingkan imej calon berbanding imej parti dalam menentukan pemimpin negara?

Bermakna, anak-anak muda tidak kisah parti atau gabungan mana yang memerintah asalkan calon-calonnya menepati kriteria ikhlas, berani menjuarai isu rakyat dan mesra rakyat?


Sebagai rakyat Malaysia, tidak kira kaum, umur, latar belakang dan sebagainya, sudah tentulah kita menginginkan sebuah kerajaan yang bersih, stabil dan mampu mengurus tadbir dengan baik.


Oleh itu, turunlah mengundi. Tak undi, kita rugi.


QGENANALYSTS


Comments


bottom of page