top of page
  • newsatmy

Anggap saya dah mati di Malaysia – Sajat

15 Disember 2021

PETALING JAYA: “Saya kena move on, sebab bila tengok duit di Australia ni saja jadi gembira. Lagi sedap duduk sini daripada Malaysia.


“Semua itu pinjaman, sekurang-kurangnya saya dah merasa perabot mahal! Saya anggap saya insan terpilih untuk menerima dugaan macam ini”.


Demikian ulas usahawan sensasi Nur Sajat yang memandang optimis berkenaan isu hartanya disita dan bakal dilelong pada hari ini.


Sajat mengambil pendekatan untuk tidak tertekan memikirkan soal terbabit, sebaliknya meneruskan kehidupan di Australia ketika ini.


“Saya tak tak ada di sana, saya tak hadir ketika perbicaraan dan saya dianggap kalah. Saya akui hal itu.


“Sebagai manusia pokok pangkalnya apa yang kita ada kita akan tinggalkan nanti. Syukur, saya dapat melihat semua ini ketika saya masih hidup cuma saya tidak menetap di sana (Malaysia.


“Bagi saya, saya dah mati di Malaysia! Saya tak perlu fikirkan apa yang berlaku di sana sama ada tentang rumah dan segalanya.


“Terpulanglah mereka nak buat apa, saya sudah ada kehidupan di sini (Australia),” katanya dalam sesi siaran langsung pada Selasa.


Tegas Sajat lagi, tidak mahu bersedih dengan keputusan yang sudah muktamad.


“Kami tak sibuk, korang pula kecoh pasal apa? Nak lelong, lelonglah. Saya tak hairan pun. Apa kita ada nanti pun kita akan tinggalkan… Saya bersyukur apa yang berlaku.


“Tak payah nak sedih-sedih, benda dah jadi dah. Kami tak teriak pun, ampa pula yang lebih-lebih nak teriak bagai. Bukan duit ampa, tu duit kami yang kena lelong tu.


“Kami teriak (menangis) sebab kami rindu suasana di Malaysia dan rindu anak-anak. Saya ni manusia, tipulah saya tak menangis, tapi saya fikir balik kalau perkara (lelong) ini tak jadi sekarang, mungkin masa saya mati nanti.


“Kasihan anak-anak saya kalau harta kena lelong masa saya dah tak ada. Saya melihat perkara ini daripada sudut positif. Saya tak perlu bersedih. Saya dah jadi penduduk tetap di sini, kenapa nak sedih eh?”,



bottom of page