top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Angkat Umno dari pembangkang sebagai kerajaan satu kesilapan besar – Raduan Ja’apar

28 NOVEMBER 2021

MELAKA: Bersatu perlu belajar dari kesilapan lepas iaitu mengangkat Umno daripada pembangkang menjadi kerajaan adalah langkah yang silap.


Naib Ketua Bahagian Bersatu Alor Gajah, Mohd Raduan Ja’apar berkata, setelah Umno-BN tidak mahu bekerjasama lagi dengan Perikatan Nasional pada PRN Melaka, malah secara lantang menyuarakan akan bersendirian di berapa negeri, Perikatan Nasional perlu mencari rakan kerjasama baharu.


“Setelah UMNO-BN tidak mahu bekerjasama bersama PN dalam PRN Melaka, Malah secara lantang menyuarakan akan bersendirian di Kelantan, Terengganu dan beberapa negeri lain berhadapan dengan PAS, apabila bercakap berkenaan ‘survivability’ PN bagi menghadapi PRU-15.


“Pada saya ada satu formula mudah, iaitu PN perlu bekerjasama dengan mana-mana parti yang mahu mengalahkan Umno-BN. Mungkin Amanah, PKR atau Pejuang mungkin?


“Selagi Umno-BN terdapat di dalamnya pimpinan yang dibelunggu kes mahkamah, kleptokrasi dan korupsi, mereka tidak akan berubah.”


Dalam pada itu Raduan turut menegaskan untuk membiarkan Umno terus dengan sifat sebegitu dan mengajak yang lain untuk berubah seterusnya mengajar keegoaan mereka.

bottom of page