top of page
  • newsatmy

Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung BN

Susulan pemecatan Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Ahmad Maslan telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang baru berkuat kuasa serta-merta.


Sumber UMNO memaklumkan, keputusan itu dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam satu mesyuarat di sini pada Selasa.


Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini menegaskan, beliau sedia dipecat daripada parti itu sekiranya kritikannya berkaitan isu penyatuan Melayu dan Islam tidak disenangi ahli serta pemimpin akar umbi parti berkenaan.


Pengumuman pelantikan Ahmad diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan semasa perjumpaan khas bersama Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebentar tadi.


Ahmad Maslan sebelum ini memegang jawatan Setiausaha Agung UMNO.






bottom of page