top of page
  • newsatmy

Annuar Sahkan Konspirasi Umno Untuk Jatuhkan PN

Updated: Jan 7, 2021

6 Januari 2021

Farahana

Pada sidang media selepas ahli Parlimen Ketereh itu dilucutkan jawatannya sebagai setiausaha agung BN, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa telah mengesahkan Presiden Umno Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi membuat perakuan bertulis menyatakan sokongannya kepada Presiden PKR, Dato' Anwar Ibrahim.


Menurutnya, akuan itu juga dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin serta kerajaan Perikatan Nasional (PN).


"Saya ingin mengesahkan wujudnya sokongan hitam putih oleh Presiden UMNO kepada Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan PN yang dianggotai BN.


"Akuan itu dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.


Annuar menyatakan tindakan yang diambil oleh Ahmad Zahid itu merupakan percubaan dan perundingan yang melibatkan DAP dalam apa yang diistilahkan pembentukan jajaran baru politik negara.


"Percubaan sebahagian pemimpin tertinggi UMNO telah menggugat kestabilan kerajaan PN yang menyebabkan terjejasnya hubungan baik dikalangan rakan PN, BN dan MN, terutamanya antara UMNO, PAS dan Bersatu yang merupakan parti teras yang telah mewujudkan Perpaduan Melayu dan Islam di negara ini." katanya lagi





bottom of page