top of page
  • zaman

Anwar masih tak ada idea mengenai telur? Minta nasihat Ronald Kiandee


KUALA LUMPUR, 15 Dis – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dahulu mempunyai rekod yang baik dalam menjaga kebajikan rakyat.


Justeru itu, beliau yang juga Ketua Penerangan BERSATU Malaysia mengesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar meminta nasihat daripada bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee bagi menangani isu kekurangan telur di negara ini.


“Kepada Perdana Menteri dan Menteri Pertanian, kalau gagal, apa kata minta nasihat daripada Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang lebih berjaya menangani segera krisis bekalan dan harga ayam sebelum ini.


“Kalau PH-BN dah tak ada idea, kami PN ada track record yang solid menjaga rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Gesaan itu diusul Wan Saiful ekoran tiada jalan penyelesaian yang diketengahkan kerajaan setakat ini.


Malah Wan Saiful berkata, kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan hanya mencadangkan agar negara mengimport telur dari luar negara yang merupakan perancangan jangka pendek semata-mata.


“Malaysia negara pengeksport telur kelima terbesar dunia berdasarkan data pada 2021. Tapi pelik apabila kita selaku negara pengeksport telur menghadapi kekurangan telur untuk rakyat sendiri.


“Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pula umumkan bahawa Malaysia akan mengimport telur untuk stabilkan bekalan. Kita ni negara pengeksport. Mana logiknya nak import pula?” soal beliau.


Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu hanya mengenal pasti beberapa sumber dari luar untuk menampung keperluan belakan telur ayam dalam negara dengan kadar segera untuk pelan jangka pendek.


Mohamad berkata, inisiatif membawa masuk telur ayam dari luar itu bukan untuk menekan pengusaha industri tempatan sebaliknya bagi memastikan bekalan dalam negara tidak terputus dan kebajikan rakyat terjaga.


Dalam sidang Kabinet pertama pada Disember lalu, Anwar ‘menegur’ Mohamad ekoran masalah kekurangan bekalan telur ayam di pasaran.

bottom of page