top of page
  • Writer's pictureNizam

Anwar mengelak menjawab soalan 'Adakah Top Glove diarah bantu penoreh getah seperti Syed Mokthar'


KUALA LUMPUR 21 Mac:Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bertanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada sudah mengarahkan syarikat seperti Top Glove Corporation Berhad (Top Glove) untuk berkongsi keuntungan dengan golongan penoreh getah.


Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menyoal Anwar soalan tersebut kerana beliau sebelum ini mengarahkan taikun Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary untuk berkongsi keuntungan syarikat Bernas kepada golongan pesawah.


Anwar bagaimanapun tidak menjawab soalan itu secara langsung.



Ahli Parlimen Tambun itu semasa tempoh awal pentadbirannya menyasarkan syarikat Bernas milik Syed Mokhtar dengan meminta Bernas membayar sejumlah RM60 juta kepada pesawah di seluruh negara.


Manakala Top Glove mencatatkan keuntungan RM7.98 bilion pada 2021, meningkat 346% berbanding tahun sebelumnya.


Syarikat pengeluar sarung tangan itu menyaksikan keuntungan sedemikian rupa kerana permintaan sarung tangan yang kukuh yang didorong oleh pandemik Covid-19.


Beberapa pihak pernah mencadangkan agar cukai durian runtuh dikenakan kepada syarikat itu dan beberapa syarikat lain.


Dalam pada itu, Anwar berkata kuasa untuk memberikan pengecualian cukai bukan di bawah Kementerian Kewangan atau Perdana Menteri, tetapi ketua pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri.

bottom of page