top of page
  • newsatmy

Anwar mungkin bertanding di Johor

28 November

KLUANG,: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap masih terlalu awal untuk beliau memutuskan bertanding di kerusi mana pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak.


Pada masa sama Ahli Parlimen Port Dickson itu juga tidak menafikan dakwaan tersebut yang mula diperkatakan ramai apabila beliau sedang mengintai kerusi Parlimen di Johor.

“Yaka? Di mana? Simpang Renggam dia (Dr. Maszlee Malik) tidak bagi tapi seperti mana biasa ini terlalu awal.


“Mereka baca (nampak) sebab saya datang ke sini di Kluang dan Simpang Renggam. Saya tidak kata tidak, tapi saya tak tahu,” katanya, lapor Utusan Online.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Jelajah Presiden di sini semalam.

Terdahulu, Anwar menerima borang keahlian PKR daripada Maszlee dan 500 ahli baharu ke dalam Cabang Simpang Renggam di Dewan JKKK Kampung Baru Machap.

bottom of page