top of page
  • zaman

Apabila Uncle Lim dah bersara, terlupa cermin muka sendiri


KUALA LUMPUR, 19 Feb – Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang disifatkan sudah tidak ada pendirian moral untuk bercakap soal kredibiliti politik sesiapapun, termasuk Perikatan Nasional (PN).


Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata ini kerana Kit Siang sebenarnya telah menggadai prinsip perjuangan dan maruah dirinya apabila berdiam diri melihat Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat rundingan pintu belakang dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lagi.

“Mana suara Uncle Lim apabila Presiden UMNO yang masih mempunyai 47 pertuduhan mahkamah dilantik dalam Kabinet sebagai Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Adakah Uncle Lim sanggup terima kleptokrat dan perasuah demi kuasa dan kedudukan?

“Mana suara Uncle Lim dalam isu nepotisme membabitkan Anwar Ibrahim? Adakah Uncle Lim takut orang tersedar bahawa dia juga mengamalkan nepotisme untuk memberi tempat dalam parti kepada anak dan menantu sendiri?

“Saya faham Uncle Lim terpaksa bercakap walaupun dah bersara sebab setakat ini Anwar belum bagi jawatan kepada anak lelaki harapan Uncle Lim.

“Saya ucapkan good luck, Uncle Lim. Semoga anak dan menantu Uncle Lim diangkat oleh Anwar. Lagipun perangai nepotisme dah lebih kurang sama,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Terdahulu, Lim Kit Siang dalam ruangan Malaysiakini mengkritik Ketua Pembangkang Parlimen, Hamzah Zainudin, telah melakukan dua kesilapan pada hari pertama selepas istiadat pembukaan Parlimen ke-15 oleh Yang di Pertuan Agong pada Isnin, 13 Februari lalu.

bottom of page