top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Apakah Vaksinasi Di Tapak?

23 Jun 2021

Di bawah program PIKAS, kerajaan telah memperkenalkan dua (2) model iaitu Model 1: Vaksinasi Pada Penggunaan Umum PPV dan Model 2: Vaksinasi Di Tapak (On-Site).


Model 1: Vaksinasi Pada Penggunaan Umum PPV adalah untuk syarikat yang berminat menghantar pekerja-pekerja mereka menerima vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran dengan lokasi syarikat.


Apa pula yang dimaksudkan dengan Model 2: Vaksinasi Di Tapak (On-Site)?


Model ini membenarkan syarikat memilih lokasinya sendiri sebagai PPV, namun mengikut beberapa syarat yang telah ditetapkan. Antara syarat-syaratnya ialah:


1. Sekurang-kurangnya 1,000 orang pekerja telah mendaftar.


2. Sebuah syarikat boleh bergabung dengan syarikat lain dalam kawasan yang sama untuk mencapai syarat minimum.


3. Syarikat dengan anak syarikat yang berlokasi di negeri berlainan tidak dibenarkan.


Di samping itu, tempat vaksin yang telah dipilih akan diperiksa terlebih dahulu oleh Pasukan Imunisasi COVID-19 (CITF), MOSTI bagi memastikan kelancaran semasa proses vaksinasi berlaku.


Mereka juga akan memberi cadangan dan penambahbaikan mengikut kesesuaian tempat.


Oleh itu, diharapkan inisiatif PIKAS ini mendapat sambutan yang lebih jitu daripada syarikat-syarikat lain untuk turut serta.


Ia bukan sahaja memberikan perlindungan dan jaminan kesihatan pekerja sektor pembuatan dan perkilangan malah mendorong Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity).



--PN Online

bottom of page