top of page
  • newsatmy

ARMADA BERSATU JOHOR MENGGESA PIHAK BERKUASA SIASAT DALANG PROVAKASI MALAM 1 SYAWAL

14 Mei 2021

1. Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bersatu Negeri Johor mendesak agar pihak berkuasa untuk menyiasat “siapakah dalang” di sebalik demostrasi jalanan menggunakan suar yang berlaku di Batu Pahat, Johor tempohari.


2. Tindakan tegas perlu diambil dengan segera bagi menyelesaikan isu yang agak serius ini dikala negara kita sedang berusaha membendung penularan Covid-19 dan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Armada Bersatu Johor percaya perbuatan yang tidak bermoral ini didalangi oleh individu yang tidak bertanggungjawab dalam merancang untuk menimbulkan spekulasi dan persepsi yang buruk kepada kerajaan hari ini sehingga melakukan tindakan diluar batasan yang menunjukkan hilangnya sifat patriotisme.


3. Armada Bersatu Johor yakin dan percaya tanpa “dalang” yang menyogok dan mengarahkan provokasi ini dengan menggunakan anak muda sebagai “alat provokasi” bagi kepentingan politik peribadi ini tidak akan berlaku, namun, ternyata sudah terlihat beberapa ahli politik telah menunjukkan sokongan dan bersetuju dengan tindakan tersebut.


4. Armada Bersatu Johor kesal, kerana rata-rata anak muda yang baru habis belajar dijadikan “alat provokasi” sehingga menyebabkan implikasi besar kepada masa depan anak muda ini dikemudian hari. Usahlah memperjudikan masa depan anak muda ini demi kepentingan politik peribadi.


5. Sebaiknya bimbing anak muda ini dengan menggunakan masa dan tenaga mereka membantu kerajaan menyebarkan kesedaran dan pentingnya mematuhi SOP yang ditetapkan bagi menangani krisis Covid-19 ini.


6. Perkara sebegini tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak, kerana boleh menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 di Negara kita. Armada Johor yakin Kerajaan sentiasa berusaha memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terus terjamin.

Semestinya keputusan kerajaan baru-baru ini bukan bersifat “Zalim”, tetapi pandangan pakar-pakar kesihatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diambil kira bagi menurunkan lekuk kebolehjangkitan Covid-19 ini.


7. Armada Bersatu Johor ingin mengajak masyarakat untuk mengambil pengajaran daripada negara India yang menunjukkan peningkatan penularan Covid-19 yang begitu drastik sehingga sukar dikawal.


8. Armada Bersatu Johor menyeru kepada semua pihak agar tidak bertindak diluar batasan sehingga mengakibatkan keadaan yang diluar jangka. Marilah kita sama-sama berganding bahu membantu Kerajaan dalam menyebarkan nasihat dan kesedaran dalam membendung Pandemik Covid-19 ini dengan sebaiknya.


Armada Bersatu Johor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.




MUHAMMAD SHAMSUDDIN BIN PAIJAN

Ketua ARMADA BERSATU Negeri Johor

Parti Pribumi Bersatu Malaysia

14 Mei 2021

bottom of page