• Arissa Azman

Armada BERSATU santuni mangsa kebakaran, bulur bantuan segera

19 September 2021

KUALA LUMPUR: Musibah yang menimpa penghantar makanan Grab Food, Muhamad Farid Md Maizaili yang hilang tempat berteduh apabila kediamannya musnah dijilat api akibat litar pintas, mendapat perhatian Armada Nasional.


Pengerusi Biro Kebajikan Armada Nasional Firdaus Rashid berkata bantuan pantas 24 jam dihulurkan kepada mangsa, yang kini menetap sementara di hotel bajet bersama isteri dab tiga anaknya.


“Kami menghulurkan bantuan segera berbentuk sumbangan kewangan bagi membantu meringankan beban semasa yang ditanggung mereka.


“Armada Nasional sentiasa mengambil cakna dan komited dalam usaha membantu mereka yang sedang kesusahan dan benar-benar memerlukan,” katanya yang mewakili Ketua Armada Nasional Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam lawatan menyantuni mangsa kebakaran di Bandar Mahkota Cheras, hari ini.



Turut hadir dalam sesi lawatan itu adalah Ketua Armada Bangi Khidir Jamil.


Dilaporkan, hampir 40 peratus kerosakan akibat kebakaran di kediaman mangsa beberapa hari lalu berpunca daripada litar pintas.