top of page
Writer's pictureArissa Azman

Armada, Pemuda PN terus bantu Muhyiddin bersama pulihkan Negara

8 September 2021

KUALA LUMPUR: BERSATU dan Pemuda Perikatan Nasional akan terus membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara dalam menjayakan agenda pemulihan negara memerangi COVID-19.


Perkara itu disuarakan Ketua Armada BERSATU Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menemui Muhyiddin selepas selesai bertugas di pejabatnya.


“Selesai tugas di kementerian, sempat minum petang bersama YB Tan Sri Muhyiddin Yassin.


“Armada BERSATU Malaysia dan Pemuda Perikatan Nasional akan terus bantu Tan Sri selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara dalam menjayakan agenda pemulihan negara,” katanya yang juga Timbalan Menteri Perpaduan Negara dalam kenyataan pada Isnin.


Muhyiddin sebelum ini mempengerusikan mesyuarat MPN sebagai Perdana Menteri sebelum meletakkan jawatan pada 16 Ogos.


Pada Sabtu lalu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan pelantikan beliau sebagai Pengerusi MPN susulan keputusan Jemaah Menteri pada 1 Sept lepas.

Comments


bottom of page