top of page
  • newsatmy

Armada Pontian - Perlantikan ketua kampung harus berintegriti dan adil

2 Mac 2021

PONTIAN - Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Pontian, Encik Mohd Abdul Ajib menyatakan ketidakpuasan akan perlantikan ketua-ketua kampung di seluruh Negeri Johor, menurutnya perlantikan ini tidak adil dan sememangnya hanya memihak kepada satu parti sahaja.


“Hal ini menunjukkan YAB Dato' IR Hasni Mohamad selaku Menteri Besar Johor dan juga ADUN Benut tidak mendukung kebersamaan dalam Perikatan Nasional dan tiada integriti dalam satu perikatan yang harus kita gabungkan demi kemakmuran negara Malaysia." Kata Ajib.


Beliau berkata lagi agar Dato' Hasni dapat meminda semula perlantikan yang dibuat dan dapat dibahagikan sama rata dan adil antara parti yang ada di dalam Perikatan Nasional (PN).


Melalui maklumat yang di terima sememangnya ramai yang tidak berpuas hati dengan perlantikan ini. Kebanyakkan ketua kampung yang dilantik datangnya dari parti UMNO sahaja, tetapi parti lain yang ada dalam gabungan Perikatan Nasional tidak dilantik seadilnya. - PN Online

bottom of page