• newsatmy

Arsenal hidupkan semula peluang kelayakan Eropah

10 Mei 2021

ARSENAL hidupkan semula peluang untuk kelayakan Eropah selepas menang 3-1 ke atas West Bromwich Albion.


Nasib berbeza buat West Bromwich yang kini jatuh ke zon penyingkiran buat kali kelima musim ini.


Tuan rumah The Gunners mencatat pendahuluan menerusi gol Smith Rowe pada minit ke-24.


Ini diikuti dengan satu lagi gol pada minit ke-90.


Pelawat kemudian berjaya menjaringkan satu gol pada minit ke-67 menerusi Costa Pereira.


Arsenal bagaimanapun berjaya meledak satu gol di minit akhir permainan menerusi Willian.


Keputusan akhir, Arsenal 3 West Bromwich 1.


Kemenangan bermakna Arsenal masih ada peluang tipis untuk beraksi dalam persaingan Eropah musim depan.

-Astro Awani