top of page
  • newsatmy

Astro tawar pakej internet, nikmati tontonan Netflix percuma tiga bulan

16 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR : Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) tampil dengan tawaran pakej menarik khusus buat pelanggan setianya yang mampu menyaksikan penjimatan sehingga sebanyak RM936.


Menerusi tawaran itu pelanggan Astro antara lain kini boleh menikmati perkhidmatan penstriman terkenal Netflix untuk tempoh tiga bulan tanpa sebarang caj yang dikenakan dengan melanggan Astro & Broadband pada kelajuan 100Mbps (dari Maxis Fibre).


Tawaran yang dibuat adalah bersempena dengan pelancaran kempen baharu Astro Rewards yang berlangsung bermula 15 November sehingga 31 Januari 2022.


Pelanggan kini juga mampu menikmati saluran hiburan secara komprehensif selain dapat menggunakan perkhidmatan internet fiber pada kelajuan tinggi.


Hanya memerlukan tiga langkah mudah iaitu dengan membuat pilihan kelajuan internet, pilih pek Astro TV, dan seterusnya menghubungi pihak Astro menerusi WhatsApp di talian 03 9543 3838.


Tawaran yang dibuat terdiri daripada tiga pakej utama yang mengandungi beberapa tawaran perkhidmatan serta saluran tontonan dengan kos yang menjimatkan.


Pilihan pakej Astro & Broadband


Pilihan 1

Entertainment+ Pack: Netflix dan lebih 105 saluran Astro + Internet Fiber 100Mbps @ RM239.99


Pilihan 2

Premium 3: Netflix, Disney+ Hotstar dan lebih 115 saluran Astro channels + Internet Fiber 100Mbps @ RM254.99


Pilihan 3

Platinum Pack: Netflix, Disney+ Hotstar, TVB, HBO GO, iQiyi, Zee 5 dan lebih 140 saluran Astro termasuk Sukan + Internet Fiber Sports 100Mbps @ RM284.99


Selain tawaran tontonan Netflix secara percuma untuk tempoh tiga bulan, terdapat beberapa lagi bentuk penjimatan yang bakal dinikmati pengguna dengan bayaran bil sebulan hanya RM240 yang hadir bersama beberapa pakej menarik.


Contoh jumlah penjimatan


Selain Netflix selama 3 bulan tanpa caj, berikut adalah bentuk PENJIMATAN lain yang boleh anda dapat dengan tawaran ini:


Kos Netflix sebulan = RM55


Kos pek Entertainment+ sebulan = RM129.99


Internet fiber 100Mbps sebulan= RM129


Jumlah yang dikira berasingan = RM313.99


Jumlah rebat 1 bulan dengan tawaran ini = RM19


Jumlah bil sebulan dengan tawaran ini = RM240


Selain penjimatan, pelanggan juga akan meikmati beberapa faedah lain antaranya data tanpa had, pakej internet pantas Maxis Fibre, pemasangan modem secara percuma, dan bil penggunaan akan dibuat hanya menerusi satu bil.


Sebarang pertanyaan berhubung tawaran pakej tersebut boleh terus melayari rewards.astro.com.my untuk maklumat lebih lanjut.

bottom of page