top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Audit ketat sebelum mula operasi

24 Julai 2021

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) akan diaudit.


PPV tersebut akan diaudit terlebih dahulu oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum dibenarkan beroperasi.


Proses audit itu juga akan dijalankan dengan kerjasama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).


Direkodkan setakat ini, terdapat 32 PPV PIKAS yang sedang beroperasi.

"Alhamdulillah, sebanyak 14,933 syarikat melibatkan 230,090 pekerja telahpun menerima vaksin pertama di bawah PIKAS,


"Saya lihat sambutan PIKAS ini amat menggalakkan. Terima kasih saya ucapkan kepada yang terlibat.,


"Saya berharap proses vaksinasi ini akan berjalan dengan lancar dan imuniti kelompok bagi pekerja sektor pembuatan dapat dicapai menjelang September ini. In sha Allah," ujar beliau.



--PN Online

bottom of page