top of page
Writer's pictureNihaba

Azalina Cuba Alih Polemik Isu SPRM Dengan Kaitkan Muhyiddin – Dr Afif

12 Januari 2022

KUALA LUMPUR– Datuk Seri Azalina Othman Said sewajarnya maklum tentang prosedur dan hasil tapisan yang perlu dijalani oleh setiap kakitangan kerajaan sebelum mereka dilantik kepada apa-apa jawatan.

Timbalan Ketua Penerangan II BERSATU Malaysia, Dr. Afif Bahardin berkata beliau yakin dan pasti bahawa perkara itu dilaksanakan sebelum Yang di-Pertuan Agong bersetuju melantik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Maka, kata Dr Afif, tidak timbul persoalan sama ada prosedur tapisan itu telah dilaksana.

“Saya juga menggesa Datuk Seri Azalina Othman Said, selaku penasihat kepada YAB Perdana Menteri hari ini untuk tidak mengambil jalan mudah dengan menuding jari kepada pihak lain dan dilihat cuba lari dari tanggungjawab menyelesaikan isu yang melanda SPRM hari ini.

“Amatlah tidak adil apabila YB Pengerang cuba mengalihkan polemik isu SPRM ini dengan mengaitkan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya mengulas persoalan yang dibangkitkan Azalina dalam kenyataan pada Isnin.

Dr Afif turut melontarkan persoalan sama ada Azalina telah melakukan semakan dan yakin dengan integriti pimpinan UMNO yang ada di kalangan mereka sedang menghadapi kes perbicaraan di mahkamah.

“Sewajarnya beliau bermuhasabah dengan bertanya pada diri sendiri bahawa apakah beliau telah lakukan semakan dan yakin dengan integiriti pimpinan UMNO yang menjadi sebahagian daripada apa yang dipanggil kluster mahkamah,” katanya.

Comments


bottom of page