top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Azlee Senario kecewa Otai gagal ke final Maharaja Lawak mega 2021

11 Disember 2021

Pelawak Terkenal, Azlee Senario meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila kumpulannya Otai tidak mendapat tempat untuk ke final Maharaja Lawak Mega 2021.

Kumpulan Otai yang terdiri daripada Azlee, Ieda Moin dan Achong Sweet Child kecundang apabila mereka diumumkan tidak layak ke minggu akhir pada minggu hadapan, dan impian untuk mengondol gelaran juara serta membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM 500 ribu kini hanya tinggal kenangan.

Meskipun begitu, kumpulan yang baru saja ditubuhkan ini mampu bertahan sehingga minggu ke sembilan dan satu pencapaian yang baik untuk kumpulan seperti ini bagi kekal bersaing dengan kumpulan “favourite” lain dalam sebuah program realiti lawak yang mega seperti ini.

Azlee meluahkan rasa kekesalannya itu menerusi laman media sosial sejurus mereka diumumkan tidak layak ke final minggu hadapan.


Menurut Azlee, dia mendakwa bahawa juri adalah salah satu punca kumpulannya tersingkir kerana mempunyai “sesuatu” yang agak mencurigakan buatnya ketika memberikan komen terhadap kumpulannya.

Malah ada juga salah seorang daripada juri memberikan komen serta menyarakan agar Azlee menukarkan konsep lawaknya yang dilihat tidak “releven” untuk tahun 2021.

bottom of page