top of page
Writer's pictureArissa Azman

Azwan Ali Dikecam Hebat Lepas Buat Lawak Agama Tentang Munkar & Nakir

15 Ogos 2021

Azwan Ali bukanlah satu nama yang asing lagi di Malaysia. Sebelum ini, nama pengacara ini sering terkait dengan kontroversi dan isu yang panas.


Terbaharu, adik kepada ahli politik Azwan Ali ini sekali lagi menjadi bahan bualan warganet apabila dia memberi jawapan yang mempersendakan agama dalam satu insiden.


Difahamkan, insiden tersebut berlaku ketika Azwan Ali muncul dalam sebuah ‘podcast’ terbitan penyampai radio Singapura, OKLETSGO.


Dalam video yang tular itu, salah seorang penyampai radio membacakan soalan yang diberi pendengar kepada Azwan Ali berkenaan persiapan dia apabila bertemu malaikat Munkar dan Nakir.


“Apa persiapan diva AA bila bertemu Munkar dan Nakir”, soalan itu berbunyi.


Sejurus sahaja mendengar soalan tersebut, Azwan Ali memberi jawapan yang dianggap keterlaluan dan biadab kerana soalan tersebut adalah berkaitan dengan soal agama.


“Aku akan sound Munkar dan Nakir, suruh sebat mak bapak kau dulu”, jawab Azwan Ali dengan bersahaja.


Jawapan Azwan Ali ini disambut dengan hilai tawa kedua-dua penyampai radio yang turut berada di situ. Azwan Ali kemudian menyambung lagi jawapannya kepada soalan tersebut.


“Sebab mak bapak kau lebih banyak dosa daripada aku”, sambung Azwan Ali.


Video pendek ini tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet. Rata-rata warganet berpendapat Azwan Ali tidak sepatutnya mempersendakan soal agama kerana ia adalah isu yang sensitif.

टिप्पणियां


bottom of page