top of page
  • StrangePlay

Azwan Ali Kongsi Wajahnya Selepas Disolek, Mirip Seperti Wanita


Sudah lama kita tidak mendengr khabar dari pengacara kontroversi, Azwan Ali. Tetapi kepada yang mengikutinya di media sosial, Azwan Ali agak aktif berkongsi hal-hal isu semasa dan kehidupan peribadinya. Terbaru Wajah pengacara Azwan Ali disolek seperti wanita menjadi perhatian netizen.


Foto wajah Azwan atau lebih mesra dipanggil Diva AA disolek itu dimuat naik sendiri oleh pengacara tersebut ke akaun Twitter dan TikTok miliknya.




Menerusi foto berkenaan, Diva AA tampil dengan solekan yang begitu mirip seperti wanita jelita. Hampir tak kenal di buatnya, lagi-lagi teknik solekan juga begitu baik dan kreatif.


Diva AA dalam kapsyennya berseloroh memberitahu supaya viralkan foto ini kepada haters.


Menerusi tweetnya, difahamkan solekan pada wajah Diva AA ini mendapat sentuhan kreativiti dari jurusolek @mariusyusuf. Diva AA turut memuji hasil kerja jurusolek ini yang begitu menakjubkan.


Adakah Diva AA bakal muncul dalam drama atau filem yang memerlukan dia berperwatakkan seperti wanita atau sebaliknya? Sama-sama kita nanti kan jawapan dari tuan badannya.


Murai.com

bottom of page