top of page
  • newsatmy

"Back to exam"

Updated: Feb 19, 2021

18 Februari 2021


PONTIAN – Program sumbangan ‘Back To Exam’ yang diusahakan oleh YB Senator Dato' Isa bin Ab Hamid dengan kerjasama dan sokongan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Persatuan Pengetua-Pengetua Daerah Pontian bersempena Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).


Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi semangat kepada para calon SPM 2020 dan STPM 2020 kerana terpaksa menangguhkan peperiksaan akibat wabak COVID-19.


Program ini turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) dan Persatuan Pengetua-Pengetua Daerah Pontian.


Antara sumbangan yang diberikan adalah berbentuk barangan keperluan dan kelengkapan peperiksaan seperti alat tulis.


Sumbangan ini menggunakan konsep pandu lalu, dimana serahan sumbangan dibuat kepada wakil pihak sekolah (guru) tanpa penglibatan pelajar untuk mengurangkan risiko COVID-19.






Sumbangan ini akan diserahkan kepada semua sekolah menengah di daerah Pontian termasuk sekolah menengah agama dan sekolah cina


Ahli Dewan Negara Senator Dato’ Isa bin Ab Hamid yang juga merupakan Ketua Bersatu Bahagian Pontian mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM yang akan bermula pada 22 Februari 2021 ini. - PN Online






bottom of page