top of page
  • admin

Bajet 2023: Klinik Kesihatan Desa perlu dinaiktaraf


PUTRAJAYA, 29 Sept- Klinik kesihatan Desa khususnya di Sabah dan Sarawak wajar diberi perhatian. CUEPACS mencadangkan peruntukan dana mencukupi bagi menambah baik fasiliti klinik kesihatan yang daif, menerusi Bajet 2023. Menurut presidennya Datuk Adnan Mat, kerajaan perlu membangunakan semula khususnya klinik di kawasan pendalaman agar bersesuaian dengan perkhidmatan yang di berikan bandar. "Dalam jelajah CUEPACS khusunya fasiliti di Kementerian Kesihatan terutamanya di Sabah dan Sarawak kami telah membuat tinjauan dan telah melawat hampir seluruh klinik-klinik kesihatan di Sabah dan Sarawak. "Kami mendapati keadaannya telah amat daif masih ada lagi lantai simen biasa masih ada lagi yang berdindingkan kayu masih ada lagi keadaan yang tidak sesuai di gunakan klinik tersebut,. "Justeru itu melalui bajet yang akan datang ini kami mohon pada kerajaan agar memberi peruntukan mencukupi kepada Kemeterian Kesihatan untuk dibangunkan semula klinik-klinik desa klinik-klinik di kawasan pendalaman terutamanya Sabah dan Sarawak," kata Adnan kepada media pada Majlis Galm & Glamour Night PePM di disini.


bottom of page