top of page
  • zaman

Bajet 2023 mungkin diawalkan ke 7 Okt


PUTRAJAYA 26 Ogos: Bajet 2023, yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober, dilaporkan akan dibawa ke hadapan iaitu pada 7 Oktober.


Memetik laporan The Star, perubahan tarikh itu menjadikan tiga minggu lebih awal dari tarikh yang telah disebut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini.


Laporan itu menyebut keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

Pemimpin kanan Barisan Nasional, dalam reaksi kepada berita itu berkata, Parlimen mungkin akan dibubarkan sejurus selepas Bajet dibentangkan.Jika ini benar berlaku,susulan arahan Kabinet, langkah seterusnya ialah untuk memaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, yang dilaporkan memerlukan sekurang-kurangnya 28 hari untuk memaklumkan kepada Ahli-ahli Parlimen mengenai tarikh baharu itu.


Walaubagaimanapun, Tengku Zafrul dilaporkan berkata, tiada perubahan berkenaan Bajet 2023 seperti yang digembar-gemburkan.

"Itu khabar angin sahaja, pada pengetahuan saya masih lagi sama seperti apa yang ada dalam takwim Parlimen pada 28 Oktober," katanya .

bottom of page