top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Bakal menetap di Australia? Sajat tayang rumah di sana

21 OKTOBER 2021

USAHAWAN kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mendedahkan aktivitinya terbaharu yang kini didakwa berada di Australia.


Sajat kini yang difahamkan berada di sebuah hotel di sana menayangkan sebuah rumah baharu di negara itu yang bakal didiami tidak lama lagi.

My new home. Tak sabar nak balik rumah baharu,” tulisnya.


Sajat mempamerkan rumahnya dari sudut luar menerusi InstaStory yang dimuat naik malam tadi.


Rumah banglo setingkat itu dilihat mempunyai ruang yang besar di belakang rumah.


“Pandangan rumah baharu dari sudut belakang. Boleh lah buat barbeque disini. Syoknya Australia,” katanya lagi.


Terdahulu, Nur Sajat menerusi Instragram mendakwa dia sudah berada di Australia.


Dia juga memaklumkan sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia dan secara rasmi berhijrah ke negara itu dengan bantuan kerajaan Australia, ketika sesi siaran langsung menerusi laman sosial itu.


Semalam, Bukit Aman memaklumkan akan berhubung dengan pihak berkuasa Australia untuk mendapatkan pengesahan berhubung dakwaan usahawan kosmetik dalam buruan, bahawa dia kini sudah menetap di sana.


Mereka sedang mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak berkuasa negara berkenaan berhubung perkara itu.


Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal hadir pada sebutan semula kesnya tanpa sebab pada 23 Februari lalu.


Sajat juga dikehendaki di Malaysia mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

bottom of page