top of page
  • zaman

Banjir di Johor semakin pulih, 21,127 mangsa di 83 PPS


BATU PAHAT, 18 Mac- Banjir di Johor semakin surut dengan jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) ialah 21,127 orang di dua daerah setakat 8 pagi ini. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), terdapat penyusutan angka mangsa banjir berikutan ramai yang telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berbanding 23,663 orang pada malam tadi. JPBN memaklumkan sebanyak 83 PPS masih dibuka di dua daerah yang terjejas iaitu Batu Pahat dan Segamat. “Batu Pahat masih menjadi daerah yang paling terjejas melibatkan 21,089 mangsa daripada 6,031 keluarga yang ditempatkan di 81 PPS. “Di daerah Segamat pula masih terdapat 38 mangsa yang terjejas daripada 13 keluarga dan mereka ini ditempatkan di dua PPS,” menurut kenyataan yang dikeluarkan JPBN hari ini.


Bagaimanapun, terdapat lima jalan yang masih belum dibuka sepenuhnya dengan hanya kenderaan berat yang dibenarkan melalui jalan berkenaan. “Jalan-jalan tersebut ialah Jalan Parit Haji Arif/Sri Dayung berhampiran Jambatan Sri Dayung; Jalan Parit Jambi (Jambatan Parit Jambi) dan Jalan Haji Arif (Klinik Kesihatan Sri Medan). “Turut ditutup kepada kenderaan ringan ialah Jalan Parit Warijo (sepanjang jalan) dan Jalan Sri Bengkal (Kampung Sri Bengkal),” menurut jawatankuasa itu.- BERNAMA

Kommentare


bottom of page