top of page
  • admin

Banjir di Perak: Seramai 147 penduduk masih berada di empat PPS


IPOH, 14 Dis - Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri Perak adalah seramai 147 penduduk daripada 39 keluarga sehingga pukul 8 pagi tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, sebanyak empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan empat daerah berbeza. PPS Sekolah Menengah Abd Rahman Talib di daerah Hilir Perak menempatkan 93 penduduk daripada 24 keluarga.


Manakala PPS Sekolah Agama Rakyat Padang serai di daerah Manjung menempatkan 28 penduduk melibatkan tujuh keluarga. Di daerah Muallim, 15 penduduk daripada lima keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Slim River. Sementara itu, di daerah Perak Tengah, satu PPS dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Teluk Memali menempatkan 11 penduduk melibatkan tiga keluarga.

bottom of page