top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Bantuan PEMULIH sehingga Disember 2021

28 Jun 2021

Satu pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diadakan bagi mengumumkan bantuan-bantuan kerajaan.


Selaras dengan komitmen kerajaan untuk meneruskan agenda prihatin rakyat, kerajaan akan menyalurkan bantuan langsung kepada rakyat bernilai RM10 billion.


Bantuan tunai langsung ini merangkumi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), di mana kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran tambahan bagi BPR sebanyak RM500 pada bulan Julai dan bayaran akan dibuat secara berperingkat mulai esok, 29 Jun 2021.


Manakala BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100-RM1400 akan dibayar pada bulan September, selain akan melibatkan bayaran keatas kes-kes lulus rayuan BPR.


Secara keseluruhan, nilai BPR sehingga hujung tahun adalah RM4.9 billion.


Bagi memastikan rakyat mendapatkan bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021, pemberian bantuan khas Covid-19 (BKC) dengan kadar seperti berikut:


i. Isi rumah miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan September, RM300 pada bulan September, manakala individu bujang miskin tegar akan menerima bantaun RM100 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan September.


ii. Isi rumah bagi kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan September, manakala bagi bujang B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos.


iii. Isi rumah bagi kategori M40 akan menerima RM250, manakala bujang akan menerima RM100 pada bulan Ogos.


Secara keseluruhan pemberian khas BKC juga memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 billion.


Seterusnya, Bantuan Kehilangan Pendapatan yang memanfaatkan sehingga 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan RM500 juta ringgit, di mana pada bulan Oktober, sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSPdan PERKESO dalam tahun 2021.


Dengan ketiga-tiga bantuan tunai ini, bagi setiap bulan mulai bulan Jun sehingga Disember 2021, golongan yang memerlukan akan mendapat bantuan yang sewajarnya.


“Saya berharap bantuan tunai ini dapat rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup pada bulan-bulan yang mendatang,” ujar beliau.


Kerajaan sedaya-upaya mencuba supaya dapat membantu meringankan beban yang dipikul oleh rakyat dan tidak akan berputus untuk terus membantu sedaya yang mampu.




--PN Online


bottom of page