top of page
Writer's pictureArissa Azman

"Bantuan RM1 juta untuk mangsa banjir selepas Perhimpunan Agung" - TSMY

19 Disember 2021

KUALA LUMPUR : Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berlangsung hari ini tidak dapat dielakkan, kerana ia adalah kehendak perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966.


Bagaimanapun, Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sejurus selesai perhimpunan, kesemua jentera parti akan turun ke kawasan terjejas untuk membantu mangsa banjir.


Ketika berucap merasmikan PAT Bersatu di ibu negara hari ini, bekas Perdana Menteri itu berkata, Bersatu akan menyalurkan dana permulaan RM1 juta untuk Tabung Bantuan Mangsa Banjir 2021.

"Di awal ucapan saya ini saya ingin melahirkan rasa dukacita di atas bencana banjir yang sedang melanda negara kita pada masa ini. Hujan lebat yang bermula semalam dan berterusan sampai hari ini telah menyebabkan beberapa buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, dan Wilayah Persekutuan ditenggelami air.


“Ramai juga terkandas, kenderaan mereka juga rosak kerana dimasuki air dan sebagainya... kesemuanya memerlukan kita mengeluarkan dan memberikan perhatian untuk mebantu mangsa mangsa banjir yang terlibat ini,” katanya lagi.


Selain itu, beliau turut prihatin dengan kerisauan rakyat tentang harga barang yang naik mendadak.


"Parti BERSATU akan menganjurkan Gerai Prihatin Rakyat yang diketuai oleh Menteri Asas Tani,


"Aspek nilai murni sangat penting. Politik adalah wasilah kuasa pemerintah, mesti ada nilai amanah, integriti, jujur dan tanggungjawab, dan nilai tadbir urus yang baik kewajipan termasuk parti BERSATU,"


Beliau tambah, sejarah parti BERSATU bermula skandal 1MDB kerana mpjuangkan integriti demi agama, bangsa dan negara,


"Parti BERSATU tidak akan mengadaikan prinsip walaupun dlm keadaan kritikal, walaupun sehingga mlepaskan jawatan PM,


"Kita adalah parti yang beradab, bukan parti samseng, khianat sesama kita. Parti ini akan mendapat sokong dan kepercayaan rakyat dimasa mendatang, insha-Allah.


"Terima kasih pada PAS, Gerakan, STAR, SAPP, sama berjuang dalam PN membudayakan norma politik demokratik yg baru, bukan konsep 'Abang Long'. Parti BERSATU diterima baik dan kemenangan PRN Sabah yang lalu. Di PRN Melaka menunjukkan sokongan pengundi muda dan wanita n luar bandar,


"Projek HSR dibatalkan kerana menjaga kedaulatan negara kita. HSR boleh dilaksanakan utk kepentingn kedaulatan pembangunan Logistik negara.


"Kerajaan myegerakan pelan digital 5G dgn segera utk manafaat rakyat seluruh negara dan kadar yg lebih ekonomik. Ia myokong ptumbuhan negara dan syarikat Bumiputra.


"Bersatu terus teguh mempertahankan perlembagaan negara, Raja berperlembagaan, menjaga Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan, dan kerjasama serantau dan dunia mengekang Covid-19,


"Kleptokrasi masih mampu kembali menguasai politik negara. Kita berjuang utk mlawan Kleptokrasi. Semua pihak diajak bersatu memerangi Kleptokrasi." tambahnya.

Comments


bottom of page