• Hanna

Bapa Krisdayanti meninggal dunia

16 Julai 2021

“Maafkan aku tidak dapat temani papa pergi.”


Kata-kata Krisdayanti pada hantaran di akaun Instagram peribadinya mengundang kesedihan dalam kalangan netizen serta rakan-rakan artis.


Nota ringkas itu sebagai menyatakan rasa kesalnya penyanyi masyhur Indonesia itu kerana tidak berada di samping ayahnya, Trenggono yang menghembuskan nafas terakhir di Denpasar, Bali pada Khamis.


Allahyarham Trenggono meninggal dunia pada usia 79 tahun.


Bagaimanapun, dalam hantaran itu, Krisdayanti tidak pula memaklumkan sebab kematian ayahnya.


"Innalilahi wa innailaihi rojiun. Telah meninggal dengan tenang di Denpasar Bali tgl.15 Juli 2021 pukul 15.00 WITA," tulis penyanyi lagu Menghitung Hari itu.


Pengumuman berita duka itu turut diiringi foto Allahyarham ayahnya ketika muda.


"Mohon dapat didoakan agar alm dapat diampuni dosa-dosanya dan diterima semua amal ibadahnya,” kata selebriti yang juga seorang wakil rakyat di negara republik itu.