top of page
  • newsatmy

Batu Putih: Malaysia perlu tepati janji antarabangsa.

3 Ogos

TUN Dr Mahathir Mohamad hari menjawab pertanyaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali kenapa tuntutan kes Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ditarik balik.


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr Mahathir menarik balik tuntutan itu pada Mei 2018, dua minggu sebelum tarikh bicara di The Hague.


Kata bekas Perdana Menteri itu menjelaskan tuntutan kes Batu Putih ditarik balik kerana perjanjian dengan ICJ dan Singapura ialah segala keputusan oleh mahkamah akan diterima kedua-dua pihak.

Menurutnya, perjanjian sama dibuat antara Malaysia, Indonesia dan mahkamah antarabangsa berkenaan Sipadan dan Ligitan.

“Jika Malaysia tidak menepati dengan syarat mahkamah antarabangsa bahawa keputusan mesti diterima oleh kedua-dua pihak (Malaysia dan Singapura), Indonesia juga boleh buat tuntutan untuk tidak menepati perjanjian sama berkenaan Pulau Sipadan dan Ligitan.

“Janji antarabangsa oleh sebuah negara berdaulat hendaklah ditunai sebagai amanah. Jika tidak, Malaysia tidak akan dipercayai akan tunai perjanjian dengan negara lain. Malaysia akan hilang kredibiliti.

“Lagipun Malaysia mendapat ‘Middle Rock’ yang boleh ditebus guna sehingga menjadi pulau besar seperti diperbuat dengan Pulau Layang-Layang,” katanya.

Tambah Dr Mahathir, kesalahan bermula dengan pegawai Kerajaan Johor menyatakan kepada British bahawa Pulau Batu Putih bukan milik negeri tersebut.

Beliau berkata, fakta baharu jika ada, sepatutnya dikemukakan kepada mahkamah antarabangsa semasa membuat representasi bahawa Pulau Batu Putih adalah hak Malaysia

bottom of page