top of page
  • Writer's pictureNizam

Baucar pelancongan Johor boleh ditebus mulai Jumaat ini

4 November

SKANDAR PUTERI, : Kerajaan Johor telah memperkenalkan pemberian baucar pelancongan bagi meransang sektor pelancong .Baucar boleh ditebus bermula jumaat ini dengan peruntukkan berjumlah RM 1.5 juta.Pemberian baucar bermula dari 5 november hingga 30 November.


Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pemberian baucar pelancongan Johor itu menawarkan diskaun kepada pengunjung untuk melawat tempat tarikan pelancong antaranya taman tema, taman negara dan pulau.


Sejumlah 15,000 baucar pelancongan ditawarkan kepada orang ramai menerusi aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI) boleh ditebus sehingga 30 November.

Juga ditawarkan 200 pakej pelancongan menerusi 40 ejen pelancongan yang telah yang dilantik sebagai agen pengedaran baucar.


Menurut Onn Hafiz, pemberian baucar pelancongan itu dapat merancakkan kembali industri pelancongan di Johor seterusnya membantu penggiat industri yang terjejas akibat pandemik Covid-19.


Jika sambutan promosi ini menggalakan Beliau berharap Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dapat memberikan peruntukan tambahan kepada sektor pelancongan negeri yang mula berkembang selepas kebenaran rentas negeri diumumkan sejak 11 Oktober lalu,

bottom of page