top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

Bekas ketua SPRM yang pernah kontroversi dilantik pengerusi bukan eksekutif syarikat induk

29 September 2021

Bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dituduh melakukan sabotaj terhadap siasatan melibatkan skandal 1MDB selepas klip audio yang mengandungi suaranya didedahkan dilantik memegang jawatan kanan di sebuah syarikat induk muktamad.


Dzulkifli Ahmad, yang meletak jawatan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM susulan perubahan pentadbiran kerajaan pada 2018 dilantik sebagai pengerusi bukan eksekutif Joe Holding Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam pembuatan komponen bateri automotif dan juga kereta terpakai.


Pengumuman itu dibuat dalam pemfailan bursa semalam.


Dzulkifli mengetuai Unit Jenayah Komersial di Jabatan Peguam Negara sebelum dilantik menjadi ketua pesuruhjaya SPRM pada 2016 sewaktu pendedahan berkaitan skandal 1MDB yang melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak sedang hangat diperdebatkan.


Dzulkifli didakwa turut termasuk dalam salah satu daripada sembilan klip audio perbualan telefon yang dikeluarkan bekas ketua pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya pada 2019.


Perbualan dalam klip audio tersebut didengar cuba menggugurkan Najib daripada tuduhan menyalahgunakan dana berbilion dolar yang dikaitkan dengan 1MDB.


Sejak mengambil alih peranan sebagai ketua SPRM,beliau sering dikaitkan membuat pendakwaan terpilih serta rapat dengan beberapa ahli politik dalam kerajaan ketika itu dan polis.


Beliau juga pernah dikaitkan dalam video tular dengan seorang wanita di Bali dan menyebabkan analisis teknikal kesahihan dilakukan oleh Cyber Security Malaysia (CSM).


Dzulkifli dilantik sebagai Ketua Persuruhjaya SPRM pada 1 Ogos 2016, menggantikan Tan Sri

Abu Kassim Mohamed.


Beliau meletak jawatan pada 14 Mei 2018.


bottom of page