• newsatmy

Bekas vokalis 'Skid Row' Johnny Solinger meninggal dunia

28 Jun 2021

Bekas penyanyi kumpulan heavy metal Skid Row, Johnny Solinger meninggal dunia pada usia 55 tahun pada Sabtu.


Solinger meninggal dunia kira-kira sebulan selepas memaklumkan kepada peminat bahawa dia didiagnosis dengan kegagalan hati.


Laman Instagram rasmi Skid Row memberi penghormatan kepada penyanyi rock itu.


“Kami sedih mendengar berita pemergian saudara kami Johnny Solinger.


"Kami ucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan peminatnya."


Posting di Instagram itu ditandatangani ahli kumpulan Skid Row iaitu Rachel Bolan, ZP Theart, Snake Sabo, Rob Hammersmith dan Scotti Hill.


Solinger menganggotai kumpulan 'heavy metal' popular dari New Jersey itu pada tahun 1999 setelah menggantikan penyanyi sebelumnya Sebastian Bach.


Dia meninggalkan Skid Row pada tahun 2015 dan digantikan oleh Tony Harnell.


Solinger menyumbangkan suara dalam beberapa album Skid Row termasuk Thickskin, Revolutions per Minute, United World Rebellion dan Rise Of The Damnation Army.


- PN Online