top of page
  • newsatmy

Belajar Malas, Tapi Ada Hati Nak Jadi Samseng Kampung


Gejala gengsterisme merupakan satu fenomena laknat yang melibatkan muda-mudi di seluruh dunia yang sudah pun menjadi isu yang hangat dikatakan oleh pelbagai pihak dalam media tempatan.


Tindakan pelajar menumbuk sehingga mencederakan rakannya sendiri, menyerang rakan sekolah lain seperti samseng, bergaduh di dalam kelas dan banyak lagi perkara yang kita tidak sanggup dengar kini semakin menjadi-jadi.


Lebih membimbangkan kini, buli bukan saja terjadi dalam kalangan penuntut institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah tetapi sudah dikesan dilakukan murid sekolah rendah.


Terkini, tersebar satu video yang berdurasi 7 minit 39 saat yang memaparkan seorang mangsa yang dibelasah di bahagian kepala, belakang badan, muka, kaki berkali kali oleh sekumpulan individu yang tidak berpuas hati dengannya kerana mangsa dikatakan telah membawa kekasihnya kesana kesini.



Hal tersebut telah dihidu oleh suspek yang merupakan rakan kepada kekasih perempuan berkenaan lalu bertindak mengepung dan membelasah mangsa beramai-ramai.


Kejadian itu berlaku di Batu Gajah, Perak yang melibatkan kesemua suspek termasuk mangsa dipercayai berusia 15 tahun.


Sememangnya jika seseorang remaja melibatkan diri dalam gejala sosial seperti gengsterisme, ini akan mendatangkan kesan buruk atasdiri sendiri remaja tersebut.


"Mak Bapak hantar anak ke sekolah untuk belajar, tapi anak jadi Samseng Kampung."


"Sekali anak jadi samseng, masa depan mereka akan hancur."


Remaja yang digelarkan sebagai benteng negara akan dilabelkan sebagai golongan remaja yang jahat dan tidak berguna dan turut mencemari imej diri sendiri.


Mereka yang terlibat dalam gejala sosial menyebabkan mereka menjadi sampah masyarakat dan dipandang hina.


Pada tahap ini mereka tidak mempunyai hala tuju atau matlamat yang jelas pada masa depan dan tidak bercita-cita tinggi.


Sekalipun mereka insaf, mereka tetap sukar untuk mendapat kepercayaan masyarakat dan mereka akan dipandang serong.


Hal ini menyukarkan mereka untuk mendapat pekerjaan dan seterusnya akan disisihkan oleh ahli keluarga kerana tidak dapat menerima kelakuan mereka menyebabkan hidup mereka terumbang-ambing.


Akibat perlakuan sendiri, keluarga pelaku gengster turut mendapat impaknya, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, masyarakat hilang kepercayaan terhadap keluarga tersebut, maruah keluarga tercalar, ibarat menconteng arang ke muka.


Hal ini turut akan menjejaskan masa depan adik-beradik yang lain dan lebih teruk lagi mungkin akan menjejaskan emosi ahli keluarga kerana tidak dapat menerima cemuhan dan makian daripada masyarakat.


Penglibatan anak-anak yang kononnya samseng dalam gengsterisme turut mencemari imej keluarga.


Ahli keluarga akan dikritik, dikutuk dan dipandang serong oleh masyarakat.


Berkemungkinan ibu bapa mereka juga akan dipalau oleh jiran tetangga.


Ini akan menjejaskan hubungan baik keluarga yang sepatutnya seindah Taj Mahal.


Sedarlah anak muda bahawa aktiviti samseng, belasah anak orang ni banyak membawa impak negatif kepada semua orang termasuk diri anda sendiri.


Berfikirlah secara waras sebelum bertindak. Ingatlah muka ibu bapa ketika ingin membuat sesuatu kesalahan.


Jangan hanya kerana seorang perempuan, hubungan antara rakan menjadi taruhan.


Ingat, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.


-PN Online

bottom of page