top of page
  • zaman

Belanjawan 2023 ibarat selimut senteng- Ketua Pembangkang


KUALA LUMPUR 27 Feb: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, menyifatkan Belanjawan 2023 seperti selimut yang senteng.

“Kalau kita tutup muka, betis kita terselak, kalau kita tutup kaki, muka kita pula yang terdedah,” katanya turut menyifatkan belanjawan itu kurang memberi pendekatan dalam menentukan masa depan negara.


Ujar beliau, banyak perkara di dalam belanjawan tersebut tidak boleh melonjakkan pertumbuhan ekonomi dalam negara.

“Sepatutnya belanjawan itu memberikan sesuatu peluang pekerjaan untuk rakyat terutamanya anak-anak muda dan sepatutnya meringankan bebanan rakyat khususnya kos sara hidup,” katanya dalam perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.


Jelas Ahli Parlimen Larut itu, belanjawan ini seharusnya adalah sesuatu yang harus diberikan atau diagihkan secara saksama kepada semua.

“Bukankah matlamat sesebuah perancangan pembangunan itu adalah untuk memberi nilai tambah dan limpahan yang berganda bagi meningkatkan tahap sosio ekonomi dan daya saing negara.

“Oleh sebab itu saya ambil pendekatan ini untuk melihat dan memberitahu pada rakan-rakan saya bahawa hari ini kita rasa simpati kepada Yang Amat Berhormat Tambun apabila membentangkan isu ini,” katanya lagi

Comments


bottom of page