top of page
  • admin

Belanjawan 2023: Perkongsian untung BERNAS mampu lonjak pendapatan pesawah


JERLUN, 27 Feb-Keputusan PadiBeras Nasional (BERNAS) bersetuju membuat perkongsian

keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi diharap mampu melonjakkan pendapatan golongan itu.


Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ishak Taib berkata usaha tersebut diharap menjadi motivasi dan perangsang kepada para pesawah bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran beras kepada negara.


"Kita berharap dengan adanya insentif-insentif serta bantuan kerajaan dan juga sumbangan daripada BERNAS dalam istilah perkongsian keuntungan bersama BERNAS.


"Kita berharap hasil ataupun pendapatan para petani akan meningkat sedikit daripada sedia. Ia akan menjadi perangsang, dan semangat untuk meningkatkan hasil dan kerja demi

mencapai tahap sara diri serta hasil pengeluaran padi beras kepada negara", ujarnya ketika ditemui RTM di Sanglang disini.


Ketika pembentangan Belanjawan 2023 minggu lalu, Perdana Menteri, mengumumkan peruntukan RM1.6 bilion untuk meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma.


Selain itu, sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim, membabitkan 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta.

bottom of page