top of page
  • Writer's pictureNihaba

Belanjawan 2023 tak tangani masalah peneroka Felda secara menyeluruh


KUALA LUMPUR, 7 Mac – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa Belanjawan 2023 tidak menangani masalah peneroka Felda secara menyeluruh.


Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, antaranya adalah berkaitan isu perumahan untuk generasi kedua dan isu pelupusan hutang peneroka.


Beliau yang juga Presiden BERSATU berkata, Belanjawan 2023 itu langsung tidak menyentuh perihal lain berkenaan dengan masalah peneroka Felda.

“Rumah generasi kedua, ketiga dan sebagainya dan masalah-masalah lain, itu tidak disebut langsung. Mungkin kerana dalam PRU15 hampir sebahagian besar daripada pengundi di Felda menyokong Perikatan Nasional (PN),” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin


Kerajaan terdahulu pada Julai 2021 telah meluluskan penghapusan hutang Peneroka Felda keseluruhannya bernilai RM8 bilion.


Ini termasuk pinjaman untuk latihan penanaman semula (92,441 peneroka), baja (52,180 peneroka), saham FGV Holdings Bhd (38,043 peneroka), dan modal pembangunan (6,711 peneroka).


Pelupusan itu mengurangkan beban pinjaman kepada peneroka sebanyak 80 peratus.

Menurut Muhyiddin, pelupusan hutang peneroka Felda itu tidak akan beri kesan besar kepada aliran tunai agensi itu.

“Saya nak ingatkan jangan aniaya mereka. Mereka manusia, mereka nak hidup, keadaan mereka susah. Apa lah buat hal-hal sebegini?” soalnya.

bottom of page