top of page
  • zaman

'Belanjawan caca merba'-Wan Saiful


KUALA LUMPUR 28 Feb:Sebahagian ahli parlimen Perikatan Nasional terkeliru dengan ucapan belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Anwar Ibrahim pada petang jumaat.


Perkara ini dinyatakan oleh Ahli Parl;imen Tasik Gelugor,Wan Saiful Wan Jan menjelaskan ucapan yang disampaikan carca merba dan susur aturnya melangkau dari satu perkara yang lain dengan tiba-tiba sehingga ada perkara yang sukar untuk dipastikan apakah maksudnya.


Antaranya,dinyatakan dalam dokumen akan ditubuhkan sebuah jawatan kuasa tanah wakaf tetapi perkara tersebut tidak dilapaskan,walaupun maklumat itu ada disebarkan kepada media dan orang awam.Ini isu besar yang ada kesan kepada kuasa Raja-Raja Melayu dan pertadbiran agama islam di negeri-negeri dan semua maklum segala urusan agama adal;ah dibawah kuasa kerajaan negeri.


Tambah beliau lagi,ucapan pembentangan belanjawan dari menteri kewangan juga bercelaru dan tidak teratur serta carca merba sehingga urusan yang boleh menyentuh kuasa Raja-Raja Melayu juga tidak jelas sama ada akan dilaksanakan atau sebaliknya,


Selain itu , terdapat sebutan angka-anga yang salah dan tidak jelas antaranya penanaman kelapa sawit dan getah ,Anwar menyebut keluasan sebanyak 7 hektar sedangkan dalam teks yang diedarkan ialah 7 juta hektar.


Begitu juga ketika menyebut bantuan kepada pencarum KWSP,Menteri Kewangan menyebut RM 500 juta,sedangan hanya RM500 seorang bagi penyiman yang berbaki RM10,000 ke bawah dalam akaun satu


Wan Saiful menegaskan,ucapan belanjawan adalah satu ucapan yang amat penting dan tidak sewajarnya dipandang remeh dan diperlakukan sambil lewa.Jika tersalah sebut satu perkara kesannya mungkin kepada kewangan negara.


Beliau berpendapat,buat pertama kali dalam sejarah,pembentangan dilaksanakan dengan cuai dan tidak mengambil serius.


Beliau juga menyifatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pentadbiran yang tidak merasa denyut nadi rakyat.


Wan Saiful berkata demikian dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini, yang antara lain membangkitkan tiadanya pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.


Menurutnya, Perikatan Nasional (PN) memperjuangkan isu tersebut ekoran rayuan daripada pencarum serta maklum mereka berdisiplin dalam mengeluarkan simpanan mereka.





bottom of page