top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Berapa kekayaan syarikat pengeluar Vaksin seluruh dunia?


Syarikat farmaseutikal membuat keuntungan sehingga berbilion dollar dalam masa yang singkat, menjadikan vaksin Covid-19 adalah produk jualan yang paling laris dalam sejarah, namun kurang dari 1 peratus dari populasi di negara-negara berpendapatan rendah mendapat vaksin ini.

Menurut analisis organisasi ‘Peoples Vaccine Alliance’, laporan kewangan dari 3 syarikat iaitu Pfizer, BioNTech, dan Moderna, memperolehi keuntungan sebanyak 34 bilion USD pada tahun 2021, iaitu kira-kira 1,083 USD sesaat, 64,961 USD seminit, atau 3.9 juta USD sejam melalui kontrak dengan negara-negara yang kaya untuk pembeliaan vaksin.

5 individu yang terlibat dengan syarikat pengeluar vaksin telah mendapat status bilionair ketika pandemik dengan jumlah kekayaan sebanyak RM35.1 bilion USD.

Kempen pemvaksinan yang berjaya akan menentukan sama ada virus Covid-19 akan menjadi bertukar dari pandemik kepada endemik berulang saban tahun, atau dapat dihapuskan secara kesuluruhan

Akses kepada vaksin bergantung kepada perjanjian pembelian yang berjaya dilakukan oleh kerajaan sesebuah negara dengan syarikat pembuat vaksin.

Sebelum pandemik Covid-19 melanda, untuk berdekad lamanya, syarikat Big Pharma kurang mengambil bahagian dalam perniagaan vaksin. Pembuat vaksin terbesar hanya dipelopori oleh beberapa syarikat besar seperti Merck, Sanofi, Pfizer dan Johnson and Johnson. Ini kerana ianya tidak begitu menguntungkan kerana kebanyakan vaksin hanya digunakan sekali atau dua dalam hidup berbanding ubatan lain yang secara berterusan.

Namun, Covid-19 merubah industri pembuatan vaksin global dan syarikat farmaseutikal seluruh dunia mula tertumpu pada pembuatan vaksin Covid-19. Ini didorong oleh dana daripada kerajaan yang sangat besar sehinggakan syarikat kecil seperti Novovax juga mendapat dana bernilai 1.6 bilion USD.

Perjanjian TRIPS.

Cara sesebuah syarikat farmaseutikal menjana sumber kewangan boleh difahami sebagai sebuah organisasi yang beroperasi melalui pembuatan pelbagai produk berbanding aset fizikal. Aset yang paling penting bagi syarikat tersebut ialah paten untuk produk yang dihasilkan iaitu dapat menjana 80% daripada keuntungan.

Syarikat seperti ini tidak berkongsi kajian penyelidikan yang dijalankan walaupun ada yang mengambil data daripada kajian yang dilakukan dari universiti atau pusat penyelidikan awam.

Terdapat juga penemuan penting yang diaplikasikan sejak berkurun dahulu yang dipatenkan untuk menjana keuntungan.

Semestinya saintis dan penyelidik yang terlibat dalam usaha mengahsilkan vaksin Covid-19 ini di semua peringkat kajian mahu menyelamatkan nyawa manusia terlebih dahulu, tanpa memikirkan berapa banyak keuntungan akan diperolehi.

Pada tahun 1955, Jonas Salk, iaitu saintis yang menemui vaksin penyakit Polio apabila ditanya mengenai siapakah yang memiliki paten vaksin tersebut, beliau menjawab "Semua manusia, dan tiada paten untuk itu,".

Katalin Kariko, ahli biokimia, yang terlibat dalam penyelidikan berkaitan mRNA yang digunakan bagi penghasilan vaksin BioNTech-Pfizer, tidak mendapat paten bagi penemuan kajiannya akan tetapi dimilik oleh Universiti of Pennsylvania.


Pengasas syarikat BioNTech iaitu Ugus Sahin dan isterinya berjaya menjadi bilionair dengan jumlah kekayaan bernilai 4.3 bilion USD selepas vaksin yang dihasilkan diluluskan.


Penyelidik di National Institute of Health (NIH) di AS bernama Barney Graham, yang menjalankan kajian penting untuk penghasilan vaksin Moderna hanya mendapat gaji sebagai penjawat kerajaan, sementara syarikat Moderna mengaut keuntungan berbilion dolar.


Astrazeneca, BioNTech, Johnson & Johnson, Moderna, Norvavax dan Pfizer adalah 6 buah syarikat gergasi yang terlibat dalam penghasilan vaksin Covid-19 dan diedarkan di kebanyakan negara-negara kaya.


Tempahan vaksin Pfizer/BioNTech dari kerajaan AS sebanyak 200 juta yang bernilai USD 3.9 bilion, Kesatuan Eropah sebanyak 300 juta dan 40 juta dos bagi fasiliti COVAX untuk diberikan kepada negara berpendapatan rendah. Jumlah hasil jualan pada tahun 2021 adalah sebanyak USD 15-30 bilion.


Bagi vaksin Moderna pula, UK membuat tempahan 17 juta dos, Kesatuan Eropah membeli 310 juta dos serta tambahan 150 juta untuk tahun 2022, manakala AS membeli 300 juta dos. Jepun pula membeli sebanyak 50 juta dos.


Anggaran jualan sebanyak USD 19.6 bilion pada tahun 2021.


Johnson & Johnson (J&J) adalah vaksin Covid-19 pertama yang hanya memerlukan 1 dos dan ia dibangunkan di Belgium. UK menempah sebanyak 30 juta dos, AS sebanyak 100 juta dos, Kesatuan Eropah sebanyak 400 juta dos dan fasiliti COVAX sebanyak 500 juta dos bagi tahun 2022.


Anggaran jualan sebanyak USD 10 bilion pada tahun 2021 untuk 1 bilion dos.


Bagi vaksin Astrazeneca pula, tempahan dibuat oleh negara UK sebanyak 100 juta dos, Kesatuan Eropah sebanyak 400 juta dos, AS sebanyak 300 juta dos dan Jepun pula sebanyak 120 juta dos.


Anggaran jualan sebanyak USD 1.9 bilion bagi tahun 2021, dan USD 3 bilion bagi tahun 2022.


SinoVac membuat perjanjian belian dengan kerajaan Brazil, Chile, Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Turkey, UAE, Bahrain, negara-negara Amerika Latin dan benua Afrika.


Usaha syarikat-syarikat terkemuka & institusi tersohor dalam menghasilkan vaksin masing-masing perlu disambut baik oleh seluruh masyarakat dunia. Hal ini kerana persaingan yang sihat bukan sahaja membawa banyak manfaat dari segi penjagaan kualiti dan keterkawalan harga vaksin di pasaran semasa, namun ia juga dapat memastikan kuantiti bekalan dapat memenuhi jumlah permintaan dari seluruh lapisan masyarakat di seluruh dunia.



bottom of page