top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Berikan sokongan kepada Kerajaan bendung COVID-19 – Nordin

11 Ogos 2021

KUALA LUMPUR: Semua wakil rakyat diseru untuk terus memberikan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Ketua Bahagian BERSATU Lumut, Komander (B) Nordin Ahmad Ismail berkata, kerajaan kini sedang giat menjalankan Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk segera keluar dari masalah pandemik COVID-19.


“Apa yang penting sekarang, semua orang kena berikan sokongan penuh kepada kerajaan PN dan juga Perdana Menteri. Kami di bahagian akar umbi akan terus memberikan sokongan kepada Perdana Menteri.


“Teruskan menyokong kerajaan supaya Muhyiddin dapat fokus kepada langkah-langkah untuk membendung COVID-19 dan meneruskan perancangan kerajaan untuk keluar daripada situasi ini,” katanya ketika dihubungi Wacana.my.


Mengulas lanjut, Nordin berkata, sekiranya berlaku perubahan kepada tampuk kepimpinan, maka usaha kerajaan akan terbantut dan mampu mengeruhkan lagi keadaan negara dan rakyat yang teruk terkesan akibat COVID-19.


“Sekiranya berlaku perubahan kuasa kepimpinan, makan berlakulah perubahan polisi dan usaha untuk keluar daripada masalah COVID-19 akan terbantut.


“Perkara ini kita perlu ambil serius kerana yang menjadi mangsa kecelaruan politik ini adalah rakyat,” katanya.



--PN Online

bottom of page