top of page
  • Farah

Berita gembira buat penjawat awam 30 Ogos ini-Ismail Sabri


PUTRAJAYA ,21 Ogos– Penjawat-penjawat awam bakal menerima berita gembira hujung bulan ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Perdana Menteri bakal mengumumkan berita gembira buat penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang dijadualkan pada 30 Ogos nanti.


Malah, berita sama turut akan dikongsi bersama para aktivis masyarakat yang cekal berkhidmat kepada negara khususnya melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


katanya ketika berucap merasmikan Simposium Keluarga Malaysia “Pencapaian dan Harapan” di Pusat Konvensyen Antarabngsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.


Perdana Menteri berkata, sesebuah kerajaan hanya akan menjadi kuat dan berkesan jika ia mendapat dukungan daripada semua pihak.

Katanya, kerajaan tidak pernah bersengketa atau memandang ringan pengorbanan para penjawat awam.

Namun Ismail Sabri menegaskan, masih banyak agenda yang boleh dilaksanakan dan masih ramai golongan yang perlu dibantu baik golongan miskin, golongan wanita, golongan orang kurang upaya dan sebagainya.


Beliau berharap penjawat-penjawat awam dapat terus menguatkan tekad dan semangat untuk sama-sama berusaha memantapkan lagi pentadbiran kerajaan dan memulihkan ekonomi negara demi manfaat seluruh rakyat.


bottom of page