top of page
  • newsatmy

'Berita ugut hakim amat menggerunkan' - Rais


SHAH ALAM ,20 Ogos- Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan tindakan memberi ancaman kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat baru-baru ini merupakan satu hal yang melampau dan belum pernah berlaku dalam sejarah.

Katanya, sekalipun pihak kehakiman sebelum ini pernah mengendalikan kes-kes tinggi yang melibatkan hukuman tali gantung namun mereka tidak pernah menerima elemen-elemen bersifat ugutan.


Beliau yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Jelebu menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan terhadap pelaku terbabit.


Sinar Harian pada Jumaat lalu melaporkan mengenai satu hantaran tular di Facebook (FB) mengandungi mesej ugutan terhadap Tengku Maimun.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, isu tersebut dilihat serius sekalipun belum ada mana-mana laporan dibuat


Tegasnya, tidak akan berkompromi dalam isu melibatkan ketenteraman awam.

“Saya sudah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman memulakan siasatan dengan meneliti segala ancaman serta ugutan terhadap Ketua Hakim Negara dan siasatan sama turut membabitkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT),” ujarnya.

tu lagi dokumen rahsia bakal didedahkan



Tengku Maimun merupakan Ketua Hakim Negara juga merupakan pengerusi bagi lima panel hakim bagi mendengar rayuan akhir yang sedang berlangsung membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk membatalkan sabitannya berhubung dana Syarikat SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.



Sinar Harian

bottom of page