top of page
newsatmy

Berjaya Menjiwai Lagu, Noraniza Idris Sanggup Beri Peluang Amsyar Lee Muncul Di AJL36

5 Januari 2022

Penyanyi, Noraniza Idris berkata dia sanggup melepaskan peluang untuk muncul di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) selepas melihat vokal dan gaya persembahan Amsyar Lee ketika Semi Final Muzik Muzik 36 (SFMM36).


Noraniza atau nama sebenarnya Nor Aniza binti Haji Idris berkata, Amsyar berjaya menjiwai lagu Intan Payung dengan baik ketika mendendangkan lagu bersama Bunga.


Difahamkan, ketika Semi Final Muzik Muzik 36 (SFMM36) berlangsung, Amsyar menggantikan Noraniza yang pada ketika itu masih berada di Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.


"Lagu tu Amsyar dah bawa sampai ke final, rasa macam tak best pula untuk saya tiba-tiba masuk dan interrupt,".


Menurut Noraniza, 53, Amsyar dilihat tidak kekok untuk membawa lagu tersebut. Malah, gabungan dia dan Bunga dalam persembahan juga menampilkan keunikan tersendiri.


"Memang bagus suara Amsyar.. vocal range dia luas, kalau Amsyar yakin boleh bawa lagu itu ke final, saya beri restu dan tiada masalah langsung,".


Dalam pada itu, Noraniza turut sedia membantu pasukan Intan Payung di pentas AJL jika mereka memerlukan khidmatnya selaku penyanyi berpengalaman.

Comments


bottom of page