top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Berkemungkinan PRN Sarawak akan diadakan

3 NOVEMBER 2021

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ditamatkan.


Menurut Pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, perkenan Seri Paduka Baginda terhadap penamatan Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak itu selaras dengan Perkara 40 dan 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan.


"Perlu diperjelaskan di sini bahawa Berdasarkan Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021, Proklamasi Darurat boleh ditamatkan lebih awal oleh Seri Paduka Baginda setelah berunding dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak," katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Selain itu, jelas Azuan Effendy, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan kegusaran Baginda terhadap risiko peningkatan penularan jangkitan COVID-19 sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak diadakan.


"Pada hemat Seri Paduka Baginda, negara masih lagi bergelut menghadapi ancaman COVID-19 dan penularan wabak ini juga masih di tahap yang membimbangkan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Namun ianya diperkenankan bagi memenuhi keperluan demokrasi dan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan serta memberi amndat dalam pembentukan kerajaan negeri yang baharu.



Terdahulu, Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak digantung dan perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Proklamasi Darurat Sarawak dibatalkan atau diungkaikan.


Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata SPR mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Julai lalu berkenaan pengisytiharan Proklamasi itu oleh Yang di-Pertuan Agong.


Keputusan itu berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi menggantung pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Proklamasi itu meliputi seluruh Negeri Sarawak mulai 2 Ogos hingga 2 Februari 2022.


bottom of page