top of page
  • Writer's pictureNihaba

Bersama PN, bukan bermaksud PAS, BN bermusuh

3 November 2021

AYER KEROH: Pesuruhjaya PAS Melaka Datuk Kamarudin Sidek menegaskan ketetapan menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bukan bermakna hubungan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah terlerai.


Sebaliknya, beliau berkata, wadah dalam Muafakat Nasional (MN) masih diteruskan dan ketetapan menggunakan lambang PN adalah berikutan gabungan perikatan itu sudah didaftarkan., ketiga-tiga parti baik PAS, UMNO mahupun Bersatu masih mempunyai misi utama iaitu untuk menentang Pakatan Harapan (PH) daripada menguasai Melaka.


Beliau menjelaskan, selepas PRN nanti, PN yang boleh berkerjasama membentuk kerajaan negeri Melaka bersama BN.


Bagaimana yang berlaku di peringkat pusat, itu jugalah yang akan di bawa di peringkat negeri,”


Dalam pada itu, Kamarudin turut menjelaskan kekeliruan daripada laporan sebelum ini yang mendakwa PAS akan tarik diri sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru.


Beliau menjelaskan, PAS bukanlah akan menarik diri, sebaliknya hanya akan menarik sokongan di sesuatu kawasan yang berlaku pertembungan di antara BN dan PN.


“Maknanya, kita tidak akan sesekali menyokong sekiranya berlaku pertindihan atau pelanggaran kerusi antara kedua-dua pihak.


“Untuk elak tiga penjuru adalah persetujuan bersama, tapi tak mustahil akan berlaku juga pelanggaran kerusi yang akan ditandingi dan satu dua kawasan (DUN) nanti.


“Jadi, ketetapan kita ialah untuk tidak memberi sokongan sekiranya perkara itu berlaku,” katanya.

bottom of page