top of page
  • Farah

BERSATU Kedah sokong Sanusi tidak bubar DUN


ALOR SETAR, 13 Sept – Ketua Penerangan BERSATU Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli bersetuju dengan keputusan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga tamat penggal.

Beliau berkata amanah diberi rakyat adalah untuk tempoh lima tahun.

“Dalam keadaan sekarang, kita faham ekonomi tak stabil akibat kesan daripada pandemik COVID-19.

“Yang sepatutnya perhatian diberi untuk kerajaan menumpukan kepada mengangkat kembali agenda ekonomi,” katanya kepada Penerangan BERSATU selepas mengadakan Mesyuarat Badan Pimpinan Negeri (BPN) BERSATU Kedah, hari ini.


Khairul berkata pada waktu ini tidak perlu melayan kelompok-kelompok yang gila dan rakus kuasa tanpa memikirkan nasib negara.


Beliau berkata rakyat setuju supaya kerajaan negeri pimpinan Sanusi supaya meneruskan sehingga tamat penggal.

“Ini mandat telah diberikan pengundi. Fokus utama untuk angkat ekonomi rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul berkata berhubung penggunaan logo parti untuk PN bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diputuskan dalam mesyuarat badan tertinggi PN.

“Ini kerana setiap sesuatu tindakan perkara kita lakukan itu perlu dibincang dan diperhalusi supaya akhirnya manfaat tersebut membantu PN untuk menang dalam pilihan raya akan datang,” katanya.


Sementara itu, Khairul juga menyatakan keyakinan untuk BERSATU menang di Parlimen Padang Serai dan DUN Lunas.

“Dalam masa sama jentera kita di setiap peringkat telah mula bergerak ke akar umbi.

“Usaha gerak kerja buat secara terusan kita tak kira bila pilihan raya diadakan. Yang penting jentera parti di semua peringkat hampir lengkap dan hanya tunggu sahaja masa dibubar Parlimen atau DUN untuk kita tempur,” katanya.

bottom of page