top of page
  • Writer's pictureNihaba

BERSATU Melaka Yakin, PAS Tetap Bersama PN

29 Oktober

MELAKA, — BERSATU tetap yakin PAS akan bertanding menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional (PN) Melaka Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, perkara itu adalah seperti mana yang diumumkan oleh pucuk pimpinan menerusi mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang diadakan Isnin lalu.


Beliau berkata, pihaknya yakin PAS turut konsisten dengan keputusannya sebelum ini iaitu bertanding di atas tiket PN dan menggunakan lambang gabungan itu.

“Di pihak kita, kita konsisten akan bertanding di bawah parti PN seperti diuar-uarkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Itulah keputusan parti-parti komponen di dalam PN, selebihnya kena tanya pemimpin Pas untuk pengesahan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Sumbangan Deepavali Melaka Prihatin di Tehel di sini hari ini.

Terdahulu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan untuk bekerjasama dengan PAS pada PRN Melaka.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MT, semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Rafiq memberitahu, tidak ada sebab untuk memujuk PAS supaya terus bergabung dengan BERSATU, walaupun PAS kini ditawarkan kerjasama oleh UMNO.


“Tidak timbul isu memujuk atau apa, saya tengok komitmen PAS untuk bersama PN sentiasa berada pada tahap yang tinggi.

“Ini termasuklah daripada segi jentera dan program-program yang kita telah gerakkan ke akar umbi,” jelasnya.

bottom of page