top of page
  • newsatmy

Bersatu merintis kemungkinan demi lebarkan sayapnya

Updated: Nov 29, 2020

ahli bersekutu untuk bukan Melayu






Setiausaha Agung parti Bersatu, Hamzah Zainudin

Bersatu akan memperkasakan anggota bukan Bumiputera dan bukan Melayu, yang dikenali sebagai ahli bersekutu, dengan mewujudkan sayap parti untuk mereka.

Cadangan mengenai pindaan perlembagaan parti Bersatu telah dikemukakan oleh Jawatankuasa pindaan perlembagaan setelah perwakilan perhimpunan agung Bersatu kali ketiga kelmarin bersetuju tanpa bantahan untuk meminda perlembagaan parti untuk membentuk sayap parti bagi ahli bersekutu, kata Setiausaha Agung parti itu, Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan hari ini


Ia termasuk pindaan perlembagaan parti bagi tujuan penubuhan sayap baru ahli bersekutu, ujarnya lagi.


Beliau berpendapat dengan berlakunya pindaan perlembagaan tersebut, parti dapat dikukuhkan dari segi struktur organisasi dan kekuatan akar umbi di semua peringkat, selain jaminan terhadap sikap keterbukaan parti melibatkan aspek keahlian mahupun dasar parti.


Usul itu mula disuarakan oleh Presiden Bersatu sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata parti itu perlu mewujudkan sayap baru untuk ahli bersekutu demi membolehkan mereka memegang jawatan kepimpinan dan menyumbangkan idea untuk kemakmuran negara.


Pada bulan Ogos, bekas ahli PKR dan MP Segamat Edmund Santhara Kumar menjadi ahli parlimen bukan bumiputera pertama yang menyertai Bersatu.


Sementara itu, Setiausaha Agung parti Bersatu berkata 502 perwakilan dari semua peringkat telah menyertai perhimpunan agung tahunan Bersatu semalam.


Menurut beliau lagi keahlian Bersatu meningkat kepada 508,725 berbanding 222,980 anggota tahun lalu.


bottom of page